SUDAHLAH membawa
 isteri orang, kemudian diacukan pula pistol pada suami wanita berkenaan
 dalam kejadian di Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.
Insiden
 berlaku apabila dua lelaki disyaki membawa keluar dua wanita berusia 
30-an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari dan 
tidak pulang ke rumah.
Perkara
 berkenaan akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang berusia 
dalam 30-an yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan sebuah 
restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang.
Menerusi
 rakaman video berdurasi 13 saat, suspek yang berkasut merah itu dilihat
 cuba mengugut mangsa dengan mengatakan dia mempunyai sepucuk revolver 
di sisinya.
“Awat pulak awak bawa pistol ni?,” kata suami wanita itu sambil menunding jari ke arah suspek.
Difahamkan, orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.
Susulan
 kejadian, polis bertindak menahan dua individu berkenaan yang 
dipercayai kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas 
kedua-duanya menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas.
Ketua
 Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nashir 
Ya berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditangkap pada 
jam 9 malam.
“Dalam kejadian pada 21 Oktober itu, seorang daripada suspek itu kemudian mengeluarkan Revolver dan mengacukan ke arah suami.
“Polis turut merampas revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.