"Korang nampak tak apa yg aku nampak... Cuba tgk dgn mata kasar.." Lihat pada najib dan rosmah di dalam bulatan merah tu..

#Siapa yang kawen sebenarnya? haha... #itulah antara komen menarik oleh rakyat Malaysia...
#NAJIB
 dan Rosmah bersama mempelai, #Nur Aziati (kanan) dengan suaminya, 
Muhammad Jamal (kiri) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala 
Terengganu, malam ini. -
#Majlis
 berkenaan turut diserikan #dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri
 Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Anak Ahmad Razif, Nur
 Aziati, 24 dan pasangannya, Muhammad Jamal Rafaie Jakiran, sebelum ini 
selamat dinikahkan pada 25 Disember tahun lalu.
#Nur
 Aziati adalah anak kedua Ahmad #Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina 
Zakaria. Nur Aziati masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
Dungun, manakala Muhammad Jamal Rafaie adalah anak kepada Ahli Dewan 
Undangan Negeri, Bukit Melawati, Jakiran Jacomah. Lebih 1,000 tetamu 
hadir pada majlis berkenaan.
#Antara
 kenamaan yang turut hadir ialah #Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk 
Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin 
Hussein dan barisan EXCO kerajaan negeri. Sultan Mizan dan Sultanah Nur 
Zahirah turut berkenan menepung tawar pasangan raja sehari. Najib dan 
Rosmah; Ahmad Razif dan isteri serta Jakiran dan isteri, Rafeah Hassan 
turut menyempurnakan upacara merenjis pasangan mempelai.
